Kelas Asas Ict Ms. Power Point Kumpulan 2
24 Febuari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2019, seramai 10 orang peserta Kelas Asas ICT daripada Kumpulan 2 telah menghadiri Kelas Ms. Power Point. Kelas diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis yang berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Mereka diberi taklimat mengenai pengenalan Ms. Power Point serta kepentingan perlunya menguasai aplikasi ini.
Mereka diberi latihan yang bertajuk “Tempat Pelancongan di Malaysia” dan dikehendaki membentangkan hasil kerja setelah siap dibuat. Peserta turut diberi bimbingan cara-cara menghasilkan slide yang kelihatan kemas, ringkas dan memasukkan maklumat yang penting sahaja dengan menggunakan SmartArt. Ini kerana, slide yang terlampau padat dengan pelbagai maklumat, akan menyebabkan slide kelihatan tidak kemas dan teratur. Menghasilkan slide yang ringkas dan senang difahami akan menarik minat pendengar untuk memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi pembentangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: